Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menafikan bahawa beliau singgah ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan bola sepak piala dunia.<br /><br />Katanya beliau hanya berada di Abu Dhabi sebagai salah satu wakil Malaysia di majlis permeteraian perjanjian antara PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).
